Tuesday, January 17, 2012

Panorama Lembang

Bersambung dari post sebelum ini,

Keluar dari kawasan hutan simpan Ir Juanda kami menuju terus ke utara Kota Bandung lagi, seperti dalam post terdahulu saya katakan bahawa Bandung dikelilingi oleh gunung - ganang, jadi kawasan yang sesuai untuk melihat Kota Bandung adalah di utaranya iaitu di Lembang. Disini dahulunya terdapat sebuah tasik yang dipanggil Situ Lembang tetapi sekarang tasik itu sudah dijadikan kawasan tadahan air minuman so tourist tidak boleh lagi ke sana. Lembang adalah kawasan tanah tinggi sejuk dan nyaman dimana masyarakat sekitarnya menjalankan aktiviti pertanian.


Waktu kami sampai keadaan disini cuacanya cerah dengan angin sejuk meniup sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan ke arah kota Bandung agak sedikit berkhabus dan menyebabkan pemandangan sedikit terhalang. Walaubagaimanapun perjalanan menuju kesini menyeronokkan dengan melalui jalan-jalan kampung. Seronok melihat suasana kampung di sini.


Dengan jalan-jalan yang kecil dan bersimpang siur, dengan aktiviti berjual beli dijalankan di tepi jalan kecil, kadangkala meyebabkan kenderaan kami bagaikan bergesel dengan bahan jualan penduduk di sini. Ianya agak mengecutkan perut.    


Dari kejauhan kelihatan Kota Bandung, cuaca berkhabus menghalang penglihatan kami. Tapi masih indah alam ciptaan Tuhan. The view that will take your breath away... katanya.

Pak Budi yang banyak berbudi kepada kami. Orangnya yang humble dan peramah. Tidak akan mengata tidak pada permintaan anda. Suka berjalan-jalan dan meronda walaupun ke tempat yang agak sukar untuk dilalui, samada terlalu jem atau jalannya sempit. Berpengetahuan luas tentang Bandung dan kawasan sekitarnya. Sabar menanti kami bershopping dan berjalan-jalan. Mengetahui tempat-tempat yang menarik yang tidak di paparkan pada tourist guide atau flyers hotel. Beruntung mendapat khidmat Pak Budi. Kalau anda berminat seperti kami juga, boleh call nombor Pak Budi.


   

0 comments:

Post a Comment