Friday, January 13, 2012

Goa Jepang dan Goa Belanda

Tarikh : 23/11/2011
Hari : Rabu
Lokasi : Taman Hutan Ir Juanda, Utara Bandung

Terletak di dalam Taman Hutan Ir. Juanda - Bandung, terdapat dua buah gua bersejarah. Ia hanya dipisahkan dengan jarak kurang lebih 400 meter antara satu sama lain. Gua yang memiliki nama yang disesuaikan dengan negara penjajah yang berkuasa ketika gua tersebut di bangunkan. Gua Belanda yang dibangun pada tahun 1918 manakala Gua Jepang yang baru dibangun pada tahun 1942.

Batu peringatan Taman Hutan Ir Juanda


Cantik bunga-bunga yang berkembangan

Gelap dan lembap adalah gambaran yang boleh diberikan terhadap kedua dua  gua tersebut. Ukuran gua yang agak besar ditambah dengan lorong-lorong ventilasi udara di beberapa sudut, menghasilkan pengudaraan yang memadai dan tidak melemaskan.  Namun lorong-lorong panjang dan banyaknya persimpangan didalam gua tersebut cukup membingungkan bagi mereka yang pertama kali memasukinya.


Di dalam Gua Jepang dan kelihatan kehadiran entiti misteri.

Berbeza dengan Gua Belanda yang bahagian dindingnya sudah dilapisi lapisan simen, Gua Jepang masih memiliki struktur bangunan seperti asalnya. Dinding-dinding gua dari batu karang yang keras masih belum dilapisi dengan simen seperti pada gua Belanda.

Lampu suluh pun perlu anda sewa semasa masuk ke dalam gua-gua ini. Sebab gelap sangat.

Oleh disebabkan itu anda digalakkan mengupah anak-anak tempatan untuk membawa anda masuk menerokai gua-gua ini. Mereka juga arif dengan sejarah anda akan dibawa menjelajah ke segenap ruang di dalam gua sambil mereka bercerita tentang sejarahnya.
 
Posing dalam gua

Kedua dua gua ini menjadai  saksi sejarah yang mewarnai perjuangan bangsa Indonesia. Terlalu banyak manusia yang terkorban untuk membangun kedua gua tersebut. Diharap ini menjadi peringatan kepada kita bahawa peperangan  ataupun penjajahan adalah salah satu bentuk hasil kerjatangan manusia untuk menghancurkan diri mereka  sendiri, suatu hal yang sebaiknya tidak boleh terjadi lagi di masa-masa yang akan datang.
 
Di hadapan Goa Jepang

Taman Huatan Ir Juanda



0 comments:

Post a Comment